Selasa, 13 September 2011

Assalamualaikum

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat. Sudah agak lama saya tidak melibatkan diri dengan dunia blog ini. Sudah hampir tiga tahun sejak saya menutup blog saya pada 2008. Banyak yang telah saya pelajari selama tiga tahun tersebut. Apa yang penting kali ini saya ingin berkongsi Islam dengan semua. Sudah sampai masanya dalam kekalutan dunia pada hari ini kita kembali kepada dua khazanah yang paling berharga yang ditinggalkan oleh junjungan besar kita. Al-Quran dan As-Sunnah. 

Siapa dapat nafikan bahawa kita ini hidup di zaman penuh cabaran dan dugaan serta fitnah. Itulah dunia pada zaman-zaman akhirnya. Oleh itu suka saya mengajak diri saya dan sahabat-sahabat semua kembalai kepada Allah dan Rasulnya bagai menghadapi liku-liku menuju dunia abadi iaitu dunia akhirat.

Semoga kesedaran dan keinsafan kita akan dapat menyelamatkan kita semua seterusnya menjadi "peguam bela" kita di hadapan Allah nanti. Saya akan cuba untuk bersama-sama kalian semua menuju ke arah tersebut. Ayuh sahabat semua !!!